Sunday 26 May 2013

For You :

Assalamualaikum..


Seperti mana gambar ini dicantumkan begitu juga seperti hatiku bercantum dengan dirinya. Sekiranya gambar ini dileraikan begitu juga hati ku turut dileraikan. Inilah dia manusia yang berjaya membuatkan aku bahagia disampingnya sehingga sekarang.

Tiada perhubungan yang sempurna tanpa pergaduhan. Setahun tiga bulan bersama si dia,dia banyak membimbing aku untuk teruskan apa jua impian aku selama ini. Dia banyak membimbing aku dan menjadi tiang kekuatan aku untuk teruskan segala aset penting untuk masa hadapan aku. Aku tidak sempurna untuk membuatkan semuanya sempurna di mata dia. Lalu aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya. 

Tidak semua yang kita hadapi dalam perhubungan adalah benda yang membahagiakan. Banyak dugaan kami yang perlu kami hadapi selama ini untuk melengkapkan perhubungan kami. Oleh itu aku mengharapkan sesuatu agar perhubungan selama ini akan terus bertahan sehingga akhir hayat kami. Aku tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti tetapi aku cuba untuk menjadi seorang yang terbaik di mata dia. 

-Ahmad Syauqi-


No comments:

Post a Comment