Monday 27 May 2013

Erti Persahabatan


Assalamualaikum..


Kali ni aku ingin bercerita tentang sahabat aku di PLKN. Pengalaman yang aku alami semasa berada di dalam PLKN  amat manis buat diriku. Walaupon kami rasa seperti dipenjarakan selama hampir 3 bulan tetapi pengalaman di dalam kem ini lah membuatkan aku semakin matang. Tolong-menolong serta saling mengambil berat di antara satu sama lain amat di perlukan. Di sini juga aku mengenali Yaya serta Syai yang sentiasa berada di sisi aku semasa aku susah mahupun susah. Walaupun Syai tidak lama bersama kami tapi ia sentiasa di dalam memori aku. 

Di sini aku mengenali erti persahabatan. Pada mulanya kami tidak mengenali antara satu sama lain tapi disebabkan kami satu company,membuatkan kami rapat seperti saudara sendiri. Walaupun kadang-kala ada konflik yang berlaku,tapi kami tetap akan mengambil langkah sentiasa bekerjasama untuk melakukan sesuatu . Di sini aku banyak belajar erti persahabatan. Di mana kawan yang sentiasa susah senang bersama,mahupun sebaliknya. 

Walaupun di sini tidak lah seperti dunia di luar tetapi kami tetap rasa kebahagiaan. Di sini jugalah aku belajar erti berdikari. Semua yang diberi oleh pihak kem,kami seharusnya menjaga dengan baik. Sehinggakan barang untuk makan seperti pinggan,sudu dan garfu serta cawan,kene jaga sendiri. Di sini juga aku sedar bahawa,tidak semestinya kita sedih tiada orang lagi sedih dari kita.

Erti seorang sahabat bukanlah hanya sewaktu kita di atas,tetapi semasa kita di bawah,dia hanya memandang. Aku terlalu hargai kepada insan yang bernama Yaya,Syai serta tak lupa juga Mimie yang sentiasa berada di sisi tidak kira apa jua keadaan aku.

-Charlie-
-I Love You-






No comments:

Post a Comment