Sunday 9 June 2013

Ku Pilih Hatimu

-Ku Pilih Hatimu-


ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku

setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati

Saturday 1 June 2013

31.5.2013

Assalamualaikum..



Semalam menghabiskan masa bersama si dia. Kami pergi ke taman layang-layang bersama kawan-kawan Syauqi. Selepas setengah jam kami di sana,hujan turun dengan lebat yang membasahi kami. Then dia bawak saya ke IKEA. Meatball for our dinner. Wahh! 20 meatball,chicken wings and chocolate cake for our desert. Tak disangka makanan kami habis. Hahaha. Thanks sayang sebab I memang teringin sangat nak makan meatball. 

Thanks again for this suprise!


-I Love You-

-Ahmad Syauqi-



Monday 27 May 2013

Erti Persahabatan


Assalamualaikum..


Kali ni aku ingin bercerita tentang sahabat aku di PLKN. Pengalaman yang aku alami semasa berada di dalam PLKN  amat manis buat diriku. Walaupon kami rasa seperti dipenjarakan selama hampir 3 bulan tetapi pengalaman di dalam kem ini lah membuatkan aku semakin matang. Tolong-menolong serta saling mengambil berat di antara satu sama lain amat di perlukan. Di sini juga aku mengenali Yaya serta Syai yang sentiasa berada di sisi aku semasa aku susah mahupun susah. Walaupun Syai tidak lama bersama kami tapi ia sentiasa di dalam memori aku. 

Di sini aku mengenali erti persahabatan. Pada mulanya kami tidak mengenali antara satu sama lain tapi disebabkan kami satu company,membuatkan kami rapat seperti saudara sendiri. Walaupun kadang-kala ada konflik yang berlaku,tapi kami tetap akan mengambil langkah sentiasa bekerjasama untuk melakukan sesuatu . Di sini aku banyak belajar erti persahabatan. Di mana kawan yang sentiasa susah senang bersama,mahupun sebaliknya. 

Walaupun di sini tidak lah seperti dunia di luar tetapi kami tetap rasa kebahagiaan. Di sini jugalah aku belajar erti berdikari. Semua yang diberi oleh pihak kem,kami seharusnya menjaga dengan baik. Sehinggakan barang untuk makan seperti pinggan,sudu dan garfu serta cawan,kene jaga sendiri. Di sini juga aku sedar bahawa,tidak semestinya kita sedih tiada orang lagi sedih dari kita.

Erti seorang sahabat bukanlah hanya sewaktu kita di atas,tetapi semasa kita di bawah,dia hanya memandang. Aku terlalu hargai kepada insan yang bernama Yaya,Syai serta tak lupa juga Mimie yang sentiasa berada di sisi tidak kira apa jua keadaan aku.

-Charlie-
-I Love You-






Sunday 26 May 2013

For You :

Assalamualaikum..


Seperti mana gambar ini dicantumkan begitu juga seperti hatiku bercantum dengan dirinya. Sekiranya gambar ini dileraikan begitu juga hati ku turut dileraikan. Inilah dia manusia yang berjaya membuatkan aku bahagia disampingnya sehingga sekarang.

Tiada perhubungan yang sempurna tanpa pergaduhan. Setahun tiga bulan bersama si dia,dia banyak membimbing aku untuk teruskan apa jua impian aku selama ini. Dia banyak membimbing aku dan menjadi tiang kekuatan aku untuk teruskan segala aset penting untuk masa hadapan aku. Aku tidak sempurna untuk membuatkan semuanya sempurna di mata dia. Lalu aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya. 

Tidak semua yang kita hadapi dalam perhubungan adalah benda yang membahagiakan. Banyak dugaan kami yang perlu kami hadapi selama ini untuk melengkapkan perhubungan kami. Oleh itu aku mengharapkan sesuatu agar perhubungan selama ini akan terus bertahan sehingga akhir hayat kami. Aku tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti tetapi aku cuba untuk menjadi seorang yang terbaik di mata dia. 

-Ahmad Syauqi-


Aku Hanya Menyanyangi Manusia Yang Menyanyangi Manusia Lain

Assalamualaikum..


Hari ni adalah hari untuk saya berkemas untuk balik ke kampung dan dari kampung saya akan terus balik ke KL. Saya rindu Tok ki dan Tok wan,mereka adalah orang yang saya hormat kerana tidak kira apa yang berlaku terhadap kami,mereka sentiasa berada di belakang kami. Mereka adalah manusia yang sangat mulia buat diriku. Aku bahagia bersama mereka. Mereka amat menyanyangi setiap umat yang berada dengan mereka,walaupon banyak dugaan yang mereka hadapi tapi mereka tetap tabah. 

Tok ki aku seorang guru agama dan aku tidak pernah jumpa manusia seperti atok aku kerana dia seorang yang sangat penyabar dan terlalu mulia. Tok ki jenis tidak banyak bercakap,sekiranya sepatah kita bercakap sepatah juga dia menjawab. Tok ki adalah manusia yang amat berpegang kepada agama,tenang bila kita memandang. Aku suka cara Tok ki bercakap,kerana cara percakapan terlalu lembut dan sentiasa berhati-hati untuk menutur setiap percakapannya.

Tok wan aku pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Tok wan adalah seorang yang riuh bila bercakap tapi aku amat menyanyangi nenek aku kerana dia amat menyanyangi anak,menantu mahupon cucu dengan tidak membezakan kami. Riuh-riuh Tok wan tapi aku tahu dia adalah seorang yang berhati mulia. Walaupon menghadapi pelbagai musibah namun Tok wan tetap bersabar tanpa sebarang dendam. Tok wan adalah manusia yang sangat tabah.

Walaupon mama dan papa sedang menghadapi pengkhianatan dari keluarganya sendiri tetapi Tok ki dan Tok wan sering memberi nasihat dan bimbingan buat kami sekeluarga. Tok ki dan Tok wan tidak pernah jemu mendengar setiap masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka mahupon cucu mereka. Tok ki sering berkata,bersabar adalah satu senjata kita yang amat diperlukan di dalam hidup,tidak kira apa yang orang lain lemparkan,itu adalah satu-satunya senjata kita. Sekiranya senjata kita ini hancur maka hancur juga iman kita.

Dalam dunia ni,aku hanya nampak mereka lah manusia yang sentiasa bersama kami susah mahupon senang. Aku tidak nampak kewujudan pakcik mahupon makcik aku yang akan berada ketika kami susah. Aku kecewa dengan setiap perbuatan manusia yang kejam mahupon itu adalah diistilahkan sebagai "keluarga".
Apa yang amat aku sesali kerana istilah keluarga hancur apabila kami sekeluarga berada dalam keadaan susah. Ketamakan harta membuat manusia leka yang mereka sedang diuji. Perbuatan kejam mereka,tidak sekali aku akan memaafkan. Aku kecewa dengan setiap perbuatan yang mereka nilai hanya dengan wang ringgit. Berbahagialah kamu dengan keselesaan dunia walau ia hanya sementara. Fitnah la kami sekiranya itu membuatkan kamu hidup dengan lebih tenang di atas muka bumi ini. 

-Sesungguhnya Allah itu Maha Adil-
Lirik lagu ni memang best dan penuh bermakna. This song special for you Ahmad Syauqi.
-Terima Kasih-




This My Baby

Ini adalah satu-satunya adik saya yang merangkumi jantung hati saya. My family call her as a "baby". Ini adalah kami,tidak kira di mana kami,sekiranya ingin melakukan sesuatu yang pelik,kami akan lakukan tanpa rasa segan dan silu. Beza jarak umur antara kami dua tahun walaupon ramai menyatakan kami kembar kerana tidak banyak perbezaan pada paras rupa kami. Hubungan kami terlalu rapat,disebabkan itu apabila di depan mata kami sering bergaduh dan dia adalah satu pemegang amanah yang terlalu besar iaitu pemegang rahsia.  Kami sering berkongsi rahsia dan pendapat antara satu sama lain dan itu membuatkan kami sangat rapat. Walaupon kami mempunyai minat yang berbeza tapi itu tidak bermakna untuk kami tidak saling berkongsi pendapat. Saya bersyukur kerana mepunyai dia yang selalu menghiburkan seisi keluarga kami.