Sunday 26 May 2013

Aku Hanya Menyanyangi Manusia Yang Menyanyangi Manusia Lain

Assalamualaikum..


Hari ni adalah hari untuk saya berkemas untuk balik ke kampung dan dari kampung saya akan terus balik ke KL. Saya rindu Tok ki dan Tok wan,mereka adalah orang yang saya hormat kerana tidak kira apa yang berlaku terhadap kami,mereka sentiasa berada di belakang kami. Mereka adalah manusia yang sangat mulia buat diriku. Aku bahagia bersama mereka. Mereka amat menyanyangi setiap umat yang berada dengan mereka,walaupon banyak dugaan yang mereka hadapi tapi mereka tetap tabah. 

Tok ki aku seorang guru agama dan aku tidak pernah jumpa manusia seperti atok aku kerana dia seorang yang sangat penyabar dan terlalu mulia. Tok ki jenis tidak banyak bercakap,sekiranya sepatah kita bercakap sepatah juga dia menjawab. Tok ki adalah manusia yang amat berpegang kepada agama,tenang bila kita memandang. Aku suka cara Tok ki bercakap,kerana cara percakapan terlalu lembut dan sentiasa berhati-hati untuk menutur setiap percakapannya.

Tok wan aku pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Tok wan adalah seorang yang riuh bila bercakap tapi aku amat menyanyangi nenek aku kerana dia amat menyanyangi anak,menantu mahupon cucu dengan tidak membezakan kami. Riuh-riuh Tok wan tapi aku tahu dia adalah seorang yang berhati mulia. Walaupon menghadapi pelbagai musibah namun Tok wan tetap bersabar tanpa sebarang dendam. Tok wan adalah manusia yang sangat tabah.

Walaupon mama dan papa sedang menghadapi pengkhianatan dari keluarganya sendiri tetapi Tok ki dan Tok wan sering memberi nasihat dan bimbingan buat kami sekeluarga. Tok ki dan Tok wan tidak pernah jemu mendengar setiap masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka mahupon cucu mereka. Tok ki sering berkata,bersabar adalah satu senjata kita yang amat diperlukan di dalam hidup,tidak kira apa yang orang lain lemparkan,itu adalah satu-satunya senjata kita. Sekiranya senjata kita ini hancur maka hancur juga iman kita.

Dalam dunia ni,aku hanya nampak mereka lah manusia yang sentiasa bersama kami susah mahupon senang. Aku tidak nampak kewujudan pakcik mahupon makcik aku yang akan berada ketika kami susah. Aku kecewa dengan setiap perbuatan manusia yang kejam mahupon itu adalah diistilahkan sebagai "keluarga".
Apa yang amat aku sesali kerana istilah keluarga hancur apabila kami sekeluarga berada dalam keadaan susah. Ketamakan harta membuat manusia leka yang mereka sedang diuji. Perbuatan kejam mereka,tidak sekali aku akan memaafkan. Aku kecewa dengan setiap perbuatan yang mereka nilai hanya dengan wang ringgit. Berbahagialah kamu dengan keselesaan dunia walau ia hanya sementara. Fitnah la kami sekiranya itu membuatkan kamu hidup dengan lebih tenang di atas muka bumi ini. 

-Sesungguhnya Allah itu Maha Adil-

No comments:

Post a Comment